11/06/08, 1:13 am

Minyak Naik, Apa Kata Pemimpin & Rakyat?

Apa kata-kata para pemimpin negara kita mengenai isu kenaikan harga minyak baru-baru ini dan komen daripada rakyat.

1.Para pemimpin kata : “Harga minyak terpaksa dinaikkan ekoran harga minyak dunia (global) melambung tinggi.”
Komen rakyat : Kenapa pula kita terpaksa menaikkan harga minyak. Sedangkan kita merupakan negara pengeluar minyak. Sepatutnya, bila harga minyak dunia naik, maka pendapatan atau perolehan negara kita juga meningkat dan bertambah untung.

2.Para pemimpin kata : “Harga minyak kita lebih murah jika dibandingkan dengan negara-negara Asean yang lain.”
Komen rakyat : Err.. di antara harga minyak di negara kita dengan Brunei, agaknya siapa lagi murah yerkhh..? Thailand dan Indonesia sungguhpun harga minyak mereka mahal tapi harga barang-barang keperluan mereka tetap murah berbanding dengan harga barang-barang di negara kita.

3.Para pemimpin kata : “Minyak di Singapura lebih mahal daripada Malaysia.”
Komen rakyat :Bagaimana pula dengan pendapatan per kapita rakyat Singapura? Bandingkan dengan pendapatan per kapita rakyat Malaysia? Siapakah yang lebih tinggi dan siapa pula yang lebih rendah?

4.Para pemimpin kata : “Rakyat perlu ubah cara hidup!”
Komen rakyat : Nak ubah cara hidup yang bagaimana lagi agaknya ya? Apakah standard cara hidup yang dimaksudkan itu?

5.Para pemimpin kata : “Adalah lebih baik menaikkan harga (minyak) ini sekali sahaja, kerana dengan cara itu jika harga barangan lain perlu dinaikkan, maka ia akan berlaku hanya sekali sahaja.”
Komen rakyat : Sekali sahaja? Betul ke? Kalau berkali-kali macam mana?

Saya begitu tertarik dengan kenyataan ini : “Tamadun yang sedang kita alami hari ini adalah tamadun yang berasaskan bahan bakar petroleum. Lihatlah di kiri dan kanan kita - semua produk dihasilkan oleh petrol. Tenaga leterik, kereta, bahan perabut, bahan perumahan, plastik dalam pelbagai bentuk dan paling penting makanan yang terletak di atas meja makan kita juga adalah hasil dari bahan bakar petroleum.”

“Saya berani berkata, melalui data-data yang baru muncul bahawa tamadun petroleum ini telah sampai ke zaman akhir. Sama seperti tamadun zaman batu dan tamadun di zaman besi ianya akan juga berakhir. Tamadun zaman arang batu dan tamadun kuasa wap - semuanya berlangsung tidak lebih dari 200 tahun. Bahan bakar petroleum - yang menjadi asas tamadun kita ini - telah bersama kita selama 150 tahun lebih. Riak-riak untuk berakhir telah muncul.”
Sumber : Tamadun Harga Minyak.

Dan apakah alternatif dan inisiatif kerajaan negara kita selepas ini? Biofuel dan biodiesel, apa cerita? Dan saya tertarik dengan kenyataan akhbar berikut : Malaysia akan meningkatkan penggunaan BioFuel.

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...
403 Views
Share This  |  Kembali Ke Halaman Utama!

Apa Komen / Pendapat Anda?