4/06/08, 10:55 pm

Harga Petrol Dan Diesel Naik Lagi

“Kos bahan api ikut pasaran global selepas mekanisme baru skim subsidi diperkenal Ogos. Harga petrol dan diesel di negara ini dijangka diapungkan mengikut harga pasaran global selepas mekanisme baru skim subsidi bahan api dilaksanakan kerajaan Ogos ini.”
Petikan Berita Harian

“Beliau memberitahu, pengumuman yang akan dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi esok mengenai subsidi minyak merupakan langkah pertama ke arah penstrukturan skim subsidi bahan bakar itu. Bagaimanapun, Shahrir berkata, kenaikan harga minyak tidak akan berkuat kuasa serta-merta seperti yang dilaporkan sebelum ini.”
Petikan Utusan Malaysia

Itu berita yang saya baca pagi tadi, rasanya boleh menarik nafas lega kerana pada fikiran saya harga minyak pasti akan melonjak naik pada bulan Ogos nanti. Lagi lama! Fuhh..!

Tup.. Tup.. Pada pukul 6.30 petang tadi saya menerima satu SMS dari rakan saya yang memaklumkan bahawa harga minyak petrol akan naik sehingga RM 2.70 esok. Arghh.. saya menidakkan kata-katanya, mana mungkin padahal pagi tadi saya membaca akhbar online yang memaklumkan bahawa ianya bakal dilaksanakan pada bulan Ogos ini.

Handphone berdering, panggilan dari seorang rakanku yang turut memaklumkan bahawa harga minyak akan dinaikkan pada tengah malam ini. Beliau menyarankan agar saya terus ke stesen minyak sekarang kerana deretan kenderaan semakin panjang untuk mengisi minyak sejurus pengumuman kerajaan sebentar tadi

Tanpa berdolak-dalih lagi saya terus memecut ke stesen minyak yang berhampiran. Terima kasih buat rakanku kerana sudi untuk memaklumkannya. Namun bukan cerita ini yang ingin saya sampaikan, tetapi sebaliknya mengenai isu kenaikan harga minyak petrol dan diesel yang tiba-tiba naik tanpa sebarang petanda.

Petrol naik 78 sen, Diesel naik RM 1
Setelah membaca akhbar mengenai isu harga minyak pagi tadi, kita selaku rakyat Malaysia pastinya merasa ‘lega sedikit’ apabila dimaklumkan bahawa mekanisme tersebut bakal dilaksanakan pada bulan Ogos ini. Dan pada masa yang sama kita turut bersedia untuk mengalami kesan kenaikan harga minyak semasa.

Namun, sejurus saja balik dari pejabat. Kita digemparkan dan dihadiahkan (suprise) dengan satu kezutan kejutan luar biasa dari kerajaan iaitu mengenai harga petrol dan diesel yang masing-masing akan meningkat sebanyak 78 sen dan RM 1 bagi setiap liter yang berkuatkuasa tengah malam ini.

Kalau tidak silap kiraan saya, selama Pak Lah memimpin negara kita ini. Inilah kenaikan minyak yang ke-7 dan tertinggi setakat ini. Dan tidak mustahil pada bulan Ogos nanti, harga minyak petrol dan diesel akan melonjak naik sekali lagi sehinggalah kepada paras 100% iaitu pada harga RM3.90 seliter mengikut harga pasaran global semasa.

Seperti yang kita sedia maklum bahawa impak (tekanan) dari kenaikan harga minyak ini pastinya bakal memberi implikasi (kesan) kepada kenaikan harga barang-barang yang lain. Belum lagi sempat bernafas lega mengenai isu harga beras yang telah pun naik, rongga penafasan kita terus disumbat dengan isu kenaikan harga petrol dan diesel pula. Sudah satu timbul lagi satu isu kenaikkan harga. Entah, agaknya sampai bila kita terus ditikam dan diterjah dengan isu-isu sebegini!

Ubah Gaya Hidup!
“Ubah Gaya Hidup!” Itulah kata-kata amanat dari Pak Lah sewaktu dalam sidang akhbar petang tadi. Siapakah yang harusnya berubah? Rakyat atau para pemimpin? Siapakah yang terbeban dengan kenaikan harga minyak ini? Rakyat atau para pemimpin? Dan kepada siapakah ayat ini dituju? Rakyat atau para pemimpin?

Apakah gaya hidup yang hendak kita ubah lagi! Rata-ratanya kita terdiri dari golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana. Entah! Apakah agaknya gaya hidup yang dimaksudkan oleh Pak Lah itu!

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 4 out of 5)
Loading ... Loading ...
575 Views
Share This  |  Kembali Ke Halaman Utama!

Sebanyak 11 Pendapat Menarik!

  1. Comment from Fird on June 5th, 2008 :

    ha!tu la korang dulu tak nak undi kerajaan.sekarang kerajaan kan dah marah,tu pasal naikkan rega minyak.

  2. Comment from mohdabdhalim on June 5th, 2008 :

    Ahaks! Gitu ke! Macam mana agaknya bila rakyat marah! Aku rasa engkau bleh agakkan! :)

  3. Comment from yOuR^AdIK =) on June 5th, 2008 :

    PEACE OF MIND
    If you were to ask your neighbor,
    ‘What would give you peace of mind?’ he might tell you,
    ‘A vacation in Bermuda!’ or
    ‘An extra hundred grand would give me peace!’, or
    ‘A new Ferrari would make me content!’

    But going places ?and getting stuff ?is usually a temporary solution ..
    Peace of mind rarely comes from getting more stuff.
    Getting more stuff usually leads to wanting even more stuff!
    Peace of mind starts with being grateful for what we have right now.

    GRATITUDE is POWER
    When we are thankful for what we have - for the friends we have, and for the things we’ve got, we attract more good people and good things!
    People who always complain about what they DON’T HAVE, stay stuck. Complainers attract more things to complain about!
    It is a law of life. It’s hard to explain, but you can observe it around you. We get more of what we dwell upon.

    That’s why all the spiritual masters have taught the same lesson …
    ‘Start by being thankful. Be happy with what you have now, and more will come your way.’

    It’s practical advice.
    Every time you say a silent ‘thank you’ you become more peaceful ?and more power.

  4. Comment from yOuR^AdIK =) on June 5th, 2008 :

    i used 2 be like dat b4 diz..ehehehe…blame the others for wat they have and for wat i dont..now, i realise, complaints are easy rather than being thankful..

    Im not pro kerajaan or pembangkang..but ‘ubah cara hidup’ is the best thing i had learn from pak lah..ehehehe..

    so..sik lamak gik berenti merokok..huehuehue..

  5. Comment from mohdabdhalim on June 5th, 2008 :

    Yes, I agree with you. We always thankful with what we have. Common/basic lifestyle we practice everytime and everyday. But this is not the main issue here.

    As what i mentioned, when the oil price hike, the cost of manufacturing, commodity and travelling will ultimately be pushed onto consumers who will bear the rising costs in daily consumption.

    Shall we change our lifestyle or change our goverment? Hihi.. :)

  6. Comment from yOuR^AdIK =) on June 5th, 2008 :

    i still with my statement, to change our lifestyle..ehehehhehe…if we vote for a new government, we also still need to change into new lifestyle (a better life or vice versa),to be inline with our new government..

    now we can predict what the effect of increasing the fuel charge from our recent gov, but can we predict what the new government will do to in our future?you can ask the people to vote for them if u r really confident, but never risk your family, ur friend, ur country if u not so sure… :) thatz wat happened to Indonesia, Thailand, even Philipine..

  7. Comment from Fird on June 5th, 2008 :

    nak ubah cara hidup,sejak dulu lg aku idup sederhana.lepas ni nak ubah cara hidup mcm mana lagi,makan maggi tetiap hari?

    aku pun dah tak tau nak ckp apa lg.benda dah jd.so,terima ajelah.terima kasih buekmu paklah!kepimpinanmu itu layak mendapat pujian.

  8. Comment from mohdabdhalim on June 5th, 2008 :

    yOuR^AdIK =) : Yes we cannot predict what will happen in future.

    Fird : Alamak takkanlah sampai mogok nak makan maggi tetiap hari. Cari penyakit namanya tu.. Hihi!

    Btul tu benda dah terjadi. Nak cakap banyak pun tak guna. Cuma apa yang saya kesal kerana tindakan Pak Lah yang menaikkan harga minyak tanpa memberi peluang untuk rakyat bersedia menghadapinya.

    Tapi kawan aku cakap “kalau Pak Lah tangguhkan beberapa hari untuk menaikkan harga minyak, pasti orang-orang kita ni berebut-rebut untuk menyimpan minyak ke dalam tong-tong kosong.”

    Memang patut pun engko ucap terima kasih kat Pak Lah tu. Huarghaha.. :)

  9. Comment from Fird on June 6th, 2008 :

    rega minyak naik,rega brg pun naik.aku mmg dah agak dah.

  10. Comment from mohdabdhalim on June 9th, 2008 :

    Bebudak sekolah pun tau Fird. Kau suruh diaorang tulis artikel pasal kesan kenaikan harga minyak. Pasti benda ya sama diaorang akan tulis. :p

  11. Comment from ladyheart on October 10th, 2008 :

    change d gov la kan Halim?

    Anwar kate, ari nie kite tubuh kerj baru, esok harge minyak turun! hehe..

    kiter dah berubah, kerj bile nak berubah?
    tgk camne keadaan rakyat kat negeri2 dibwh kerj alternatif, bestnyerrr! kiter dgr pon syok!

    at least, dorang xler syek suh kiter berubah, tukar cara idup, berjimat, tapi yang ckp tue syek abeskan juta2 duit rakyat..

    isk3… thankful tol la cuz dorang wat gitu, kan yOuR^AdIK =)?

Apa Komen / Pendapat Anda?