ATM dan CDM Bagi Pendeposit Tabung Haji
Kategori Tabung Haji | Tiada Komen Setakat Ini!

Berita baik untuk pendeposit atau penyimpan Tabung Haji. Pendeposit Tabung Haji yang mempunyai kad ATM di Bank Islam dan Bank Rakyat, mereka boleh melakukan transaksi di seluruh rangkaian Mesin Teler Automatik (ATM) dan Mesin Deposit Tunai (CDM) di kedua-dua bank tersebut mulai 15 April ini.
Transaksi yang boleh dilakukan oleh para pendeposit Tabung Haji di seluruh rangkaian kedua-dua bank tersebut termasuklah pengeluaran wang tunai, simpanan wang tunai dan pertanyaan baki simpanan.
Jadi selepas ini, sekiranya para pendeposit Tabung Haji mengalami kesukaran seperti jarak Tabung Haji jauh dari lokasi tempat kediaman. Mereka boleh memilih di antara kedua-dua bank tersebut sebagai pilihan seterusnya untuk melakukan transaksi simpanan, pengeluaran dan pertanyaan baki untuk akaun Tabung Haji mereka.
Share This |
Kembali Ke Halaman Utama!

Blog yang bertemakan
'Menyingkap Segala Elemen' ini lebih banyak membicarakan mengenai pengurusan kewangan, topik keagamaan, isu terkini, saham, pelaburan,
perniagaan internet dan juga satira. Blog ini juga berkonsepkan fotoblog dan ia telah dibangunkan serta
direkabentuk oleh pemiliknya sendiri iaitu Mohamad Abdul Halim melalui platform Wordpress.
Entries (RSS)
Apa Komen / Pendapat Anda?