Hari Ibu Di Dalam Islam
Kategori Santapan Hati | Sebanyak 2 Pendapat Menarik!

Sebelum ini saya ada menulis mengenai entri Hari Ibu sempena sambutan hari tersebut. Tapi entri tersebut telah pun saya padam kerana ia tidak seharusnya disambut bagi kita yang beragama Islam.
Eh..! Eh..! Kenapa pulak? Bukankah hari ibu sebagai tanda kita memperingati mereka?
Kalau saya tanya, kalian sambut tak hari kekasih a.k.a valentine’s day? Pasti ada yang menjawab, “Ya, sebab ia sebagai tanda memperingati kekasih!” Ada yang jawab “Ya..! sebab kengkawan ramai yang sambut, saya pun sengal nak sambut!” Dan ada yang tak sambut sebab mereka tahu ini bukan budaya kita dan Islam melarang umatnya menyambut perayaan agama-agama lain.
Mari kita singkap makna sebenar Hari Ibu / Mother’s Day menurut kata Professor si Wikipedia : “One school of thought claims this day emerged from a custom of mother worship in ancient Greece, which kept a festival to Cybele, a great mother of Greek gods. This festival was held around the Vernal Equinox around Asia Minor and eventually in Rome itself from the Ides of March (15 March) to 18 March. The ancient Romans also had another holiday, Matronalia, that was dedicated to Juno, though mothers were usually given gifts on this day. In some countries Mother’s Day began not as a celebration for individual mothers but rather for christians.”
Maksudnya di sini ialah bahawa hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.
Jadi persoalannya di sini, perlukah kita sebagai orang Islam untuk menyambutnya?
Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa.
Firman ALLAH Subhana Wa Ta’ala : Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
[Surah al-Israa’, Ayat 23 hingga 24]
Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata, “Hari ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.”
Manakala masyarakat kita pula umumnya lebih cenderung dengan budaya ikut-ikutan. Sentiasa terpengaruh dan terpedaya dengan budaya orang kafir dan barat. Bila orang kafir sambut hari valentine kita pun nak sambut sama! Bila orang kafir sambut april fool, kita pun ‘fool’ sama kerana sambut hari karut tu! Bila orang kafir sambut hari ibu dan hari bapa kita pun nak buat sama! Sungguhpun perayaan ini murni dari pandangan mata kasar kita. Tapi hakikat agama Islam kita tidak pernah mensyariatkan atau menuntut umat-umatnya agar menghormati dan menyayangi orang tua mereka, suami atau isteri mahupun anak-anak mereka pada hari-hari tertentu sahaja.
Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda : “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka”
[Hadits Sahih - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir, disahihkan oleh Al-Albani]
Islam adalah ‘Deen’ atau cara hidup. Ia telah merangkumi segala-galanya. Bukan hanya kehidupan untuk di dunia yang sementara ini bahkan kehidupan abadi (abadan-abadan) nun di akhirat kelak. Moga ALLAH Subhana Wa Ta’ala terus memelihara kita semua agar kekal terus dalam agamanya iaitu Islam dan mengamalkan cara hidup yang berlandaskan syariat Islam yang sebenar.
Share This |
Kembali Ke Halaman Utama!

Blog yang bertemakan
'Menyingkap Segala Elemen' ini lebih banyak membicarakan mengenai pengurusan kewangan, topik keagamaan, isu terkini, saham, pelaburan,
perniagaan internet dan juga satira. Blog ini juga berkonsepkan fotoblog dan ia telah dibangunkan serta
direkabentuk oleh pemiliknya sendiri iaitu Mohamad Abdul Halim melalui platform Wordpress.
Entries (RSS)
Jangan lupa juga Mr Halim bahawa tiada hukum bersifat ijmak yang mengatakan haram menyambut hari ibu. Hari ibu memang ada kaitannya dengan sejarah Kristian, tapi zaman ni perayaan Hari Ibu tiada sangkut-paut dengan keagamaan. Orang Islam, Hindu, Kristian, Buddha, Sikh, Shinto, Voodoo; semuanya sambut.
Mungkin ada segelintir masyarakat Kristian yang mengaitkan Hari Ibu dengan agama mereka, namun jangan lupa bahawa sambutan ni dah bersifat sekular di seluruh dunia. Mother’s Day jangan disamakan dengan Mothering Sunday. Hari ibu bukan perayaan agama.
Hari Ibu dan Hari Valentine tak boleh disamakan kerana tidak haram menumpahkan kasih pada orang yang memang layak dan halal menerimanya. Berbuat baik kepada ibu memang dituntut pada setiap masa. Hari-hari kita kena hormat ibu, jaga hati ibu, tapi adakah salah jika pada hari ibu, kita membawa ibu berjalan-jalan, belanja makan, dan berikan hadiah? Majoriti kita pada hari ini secara realitinya memang tak mampu nak layan ibu kita macam tu pada setiap hari, 365 hari setahun.
Kalau hujah Dr Yusuf Qardawi digunakan, iaitu: “Hari ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.”,
Maka bagaimana pula dengan Sambutan Hari Bumi untuk menarik minat masyarakat supaya lebih sayangkan alam sekitar kita? Adakah ajaran Islam tidak menuntut umatnya agar tidak melakukan pencemaran? Maka apa pula perlunya Sambutan Hari Bumi? Tidak cukupkah apa yang Islam bawa? Namun apa yang ironinya pada hari ini, Baratlah yang menjuarai perjuangan memelihara alam sekitar. Negara Islam mana yang menonjol dalam Greenpeace? Dan negara Islam mana yang tahap kebersihannya menyamai Jepun, Amerika, UK, Perancis, dan sebagainya?
Atau contoh lain, mengapa pula umat Islam perlu menyambut Hari Guru? Adakah tidak cukup para pelajar ini menghormati gurunya di dalam kelas? Dan dari mana pula datang sambutan yang tidak pernah diajarkan oleh Islam ini?
Dengan kata lain, kita tak perlu rigid pada sesuatu sambutan yang ulama tak bersepakat kata ia haram.
Btul tu En. Tawel, memang tiada sebarang hukum bersifat ijmak yang mengatakan haram menyambut hari ibu ni. Berdasarkan fakta memang ianya ada kaitan dengan sejarah kristian dan ia bukanlah perayaan agama.
Memang perayaan ini bersifat umum. Sebab itu saya tidak berani menletakkan sebarang hukum mengenai sambutan hari tersebut. Cuma haruskan kita menspefikasikan hari-hari tertentu untuk berbuat baik dengan kedua-dua orang tua kita.
Agaknya berapa ramai di antara kita yang menganggap bahawa hari-hari dalam hidup mereka adalah hari ibu (melayan mereka dengan penuh kasih sayang dan istimewa)?
Agaknya berapa ramai di antara kita yang menganggap bahawa hari ibu dan hari jadi ibu mereka adalah hanya hari untuk melayan ibu mereka dengan istimewa?
Seperti yang Tawel kata mengenai sambutan hari bumi, tidak dinafikan bahawa ajaran Islam menuntut agar umatnya memelihara alam sekitar.
Firman ALLAH Subhana Wa Ta’ala : “Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan ALLAH kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba ALLAH) sebagaimana ALLAH berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya ALLAH tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan “.
[Surah Al-Qasas, ayat 77]
Firman ALLAH Subhana Wa Ta’ala : “Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) ALLAH menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal ia adalah orang yang amat keras permusuhannya (kepadamu). Kemudian apabila ia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah ia di bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia; sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan.”
[Surah Al-Baqarah, ayat 204 hingga 205]
Ironinya juga, berapa ramai di antara kita yang sedar bahawa menjadi tanggungjawab kita untuk memelihara alam sekitar ini sebagai tanda kita mensyukuri nikmat kurniaan ALLAH Subhana Wa Ta’ala kepada hamba-hambaNya.
Mungkin dengan spesifikasi dengan sambutan hari tertentu sekaligus dapat mengetuk pintu orang-orang kita agar tidak lupa akan sesuatu peristiwa.