25/06/07, 1:20 am

ASB vs Unit Trust

Masih ramai di antara kita yang terkeliru di antara Amanah Saham Bumiputera dan Unit Amanah Saham Swasta (Unit Trust). Ada yang mengatakan bahawa :
1) Melabur di Unit Amanah Saham Swasta lebih menguntungkan berbanding dari Amanah Saham Bumiputera.
2) Melabur di Unit Amanah Saham Swasta berhadapan dengan risiko kerugian yang besar dan duit hangus begitu sahaja.

Bukannya untuk membanding-bandingkan kelebihan dan kekurangan untuk kedua-dua jenis pelaburan ini. Bukannya untuk membuktikan yang mana satu lebih menguntungkan dan merugikan. Sebaliknya, sebagai seorang pelabur kita harus tahu pengetahuan dan perkara-perkara asas di dalam sesuatu pelaburan tersebut.

Seharusnya, seorang pelabur yang bijak harus ambil tahu tentang profail dana, prestasi, risiko sesuatu pelaburan tersebut dan bukannya hanya mengikut apa yang telah disampaikan oleh orang dari mulut ke mulut dan seterusnya kita pun mempercayainya tanpa pengetahuan yang sebenarnya.

Amanah Saham Bumiputera :
1) Hanya dibuka untuk pelabur Bumiputera rockers sahaja;
2) Risiko pelaburan tetap ada tetapi pelaburan ini dilindungi/dijamin oleh kerajaan;
3) Harga unit sahamnya adalah tetap iaitu Seunit = RM1. Jadi harga belian dan jualan adalah tetap dan tidak berubah. Para pelabur tidak perlu risau akan masa (timing) yang sesuai untuk menjual (mengeluarkan) unit-unit yang telah dilaburkan;
4) Berdasarkan pada prestasi pada tahun-tahun lepas. Kadar pulangan (return) adalah sekitar 6-7% untuk dividen manakala bonus pula adalah sekitar 1-2% setahun;
5) Tiada sebarang kos yang dikenakan terhadap pelabur seperti yuran pengurusan (management fee) dan yuran tahunan (annual fee);

Unit Amanah Saham Swasta (Unit Trust) :
1) Terbuka kepada umum, ini bermaksud pelabur Bumiputera dan bukan Bumiputera boleh menyertai pelaburan ini;
2) Punya profail risiko yang tersendiri (profail yang berbeza-beza) bergantung kepada status dana-dana tersebut. Dana-dana tersebut terdiri daripada dana agresif, dana seimbang dan dana konservatif.
3) Harga seunit sahamnya berubah-ubah dari semasa ke semasa. Misal kata, untuk hari ini harga jualan saham seunit adalah RM1.19 dan mungkin keesokkan harinya RM1.17 seunit. Pelabur harus bijak dan peka dengan harga pasaran semasa sebelum membuat pembelian dan penjualan unit saham. Secara teorinya, seorang pelabur harus membeli (menyimpan) apabila harga jualan seunit yang ditawarkan adalah rendah/murah. Contohnya, menyimpan/membeli apabila harga seunit saham yang dijual oleh pihak unit amanah adalah RM0.56. Manakala, menjual/mengeluarkan unit saham yang ada apabila harga saham yang dibeli adalah tinggi/naik. Contohnya, pihak unit amanah membeli unit saham kita sekitar RM1.09 untuk seunit.
4) Berdasarkan pada prestasi pada tahun-tahun lepas. Kadar pulangan bagi Unit Amanah Saham Swasta adalah sekitar >12% ke atas.
5) Terdapat yuran pengurusan (management fee) yang dikenakan terhadap pelabur. Sebagai contoh, untuk pelabur yang melabur di Public Mutual mereka akan dikenakan yuran pengurusan sebanyak 6.7% dan yuran tahunan (annual fee) sekitar 1.5%.

Jadi, sebagai seorang pelabur. Kita harus tahu bahawa setiap pelaburan itu pasti mempunyai risikonya. Berbanding dengan ASB, risikonya tetap ada tetapi dikawal oleh kerajaan dan disebabkan itu jugalah pulangan yang diperolehi oleh para pelabur tidaklah tinggi berbanding dengan Unit Amanah Saham Swasta(unit trust) yang mempunyai profil risiko yang tersendiri. Semakin tinggi jumlah pulangan yang bakal diperolehi maka semakin tinggi jugalah profail risiko dana tersebut.

Pelabur di Unit Amanah Saham Swasta harus bijak memilih dan seterusnya melabur di dalam dana yang mempunyai profail risiko yang bersesuaian dengan tahap keupayaan seseorang pelabur. Dan yang paling penting di sini, bahawa para pelabur harus ingat bahawa prestasi masa lepas untuk sesuatu pelaburan bukanlah satu jaminan untuk prestasi masa hadapan.

Psssttt.. : Informasi di atas disediakan untuk memahami perbezaan di antara Amanah Saham Bumiputera dan Unit Amanah Swasta. Sungguhpun begitu, pihak Permodalan Nasional Berhad (PNB) turut menyediakan unit amanah yang harga unitnya yang berubah-ubah seperti Amanah Saham Malaysia. Sila rujuk laman web PNB untuk keterangan lanjut mengenainya.

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...
2,091 Views
Share This  |  Kembali Ke Halaman Utama!

Sebanyak 17 Pendapat Menarik!

  1. Comment from pakdi on June 25th, 2007 :

    er…

    amanah saham = unit trust / mutual fund.

    amanah saham bumiputera di bawah PNB

    amanah saham nasional di bawah PNB

    amanah saham di bawah public mutual ada pelbagai jenis dana

    amanah saham di bawah CIMB wealth advisor juga ada pelbagai jenis dana

    saya agak keliru dengan penulisan ini.

  2. Comment from mohdabdhalim on June 25th, 2007 :

    Terima kasih Pakdi di atas teguran penulisan ini.

    Sepatutnya saya menspesifikasikan ‘Amanah Saham’ tersebut sebagai Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan bukannya hanya ‘Amanah Saham’ sahaja.

    Amanah Saham = Unit Trust = Unit Amanah.

  3. Comment from pakdi on June 26th, 2007 :

    :D

  4. Comment from tifla on September 10th, 2007 :

    amanah saham pnb bila nak di syariahkan tolong komen sikit

    terima kasih

  5. Comment from mohdabdhalim on September 10th, 2007 :

    Maaf di atas kelemahan diri ini kerana tidak dapat menjawab soalan saudara. Kerana kita masih juga sama-sama menanti bilakan tertubuhnya panel Syariah di dalam kumpulan PNB itu sendiri.

  6. Comment from Hasrol on November 2nd, 2007 :

    Tidak ramai yang tahu mengenai bahawa Unit Trust Swasta mempunyai Islamic Fund atau Unit Amanah berlandaskan Syariah dimana Islamic Banking Finance Institute of Malaysia (IBFIM) bertindak sebagai badan penasihat Syariah. Return dari Islamic Fund ini pun tidak kurang hebat berbanding dana konvensional…

  7. Comment from mohdabdhalim on November 4th, 2007 :

    Btul tu Hasrol! Masih ramai yang tidak menyedarinya. Info telah saya sampaikan di http://mohdabdhalim.com/saham/pelaburan-berlandaskan-syariah untuk mereka yang ingin merujuk amanah saham swasta yang berlandaskan Syariah.

  8. Comment from LanoG on January 8th, 2008 :

    Satu informasi yang baik dan menarik. Teruskan memberi informasi yang berguna dan berikan pendapat yang membina… :D

  9. Comment from sueina on January 16th, 2008 :

    itulah dia orang ni puas kita beri penerangan/dakwah..tentang pelaburan yg halal dengan pelaburan yg meragukan..tapi diorang ni masih memalingkan muka..bagi bakal pelabur yg nak tahu tentang pelaburan dana di Publik Mutual dalam zon Johor Bahru, Merlimau, Melaka, Batu Pahat, Pontian dan Muar..boleh hubungi kami..grup kami sedia membantu anda.

    Ina
    Unit Trust Counsultant
    013-934xxxx
    syaminaxxxx@yahoo.com

  10. Comment from mohdabdhalim on January 18th, 2008 :

    Assalamualaikum Sueina, saya terpaksa edit komen awak! Kat sini bukannya tempat untuk mempromosikan group anda. Tidak keberatan rasanya jika saudari buat promosi terus di blog saudari.

    Harap saudari faham.

  11. Comment from mohdabdhalim on January 18th, 2008 :

    Lanog, terima kasih! InsyaALLAH akan saya cuba tingkatkan dari masa ke semasa.

  12. Comment from BunYan on July 19th, 2008 :

    Kita perlu ada sedikit ilmu untuk melabur. Bertanya, membaca adalah satu cara mendapatkan informasi tentang pelaburan. Berkaitan dengan risiko memang ada tetapi kita perlu berfikir dalam kehidupan hari-hari pun kita sentiasa berhadapan dengan risiko.
    Lagi satu, kita perlu berani melakukan tindakan berdasarkan ilmu yang kita miliki. InsyaALLAH, ianya dapatlah mengurangkan sedikit risiko yang bakal dihadapi.
    Amanah Saham Swasta pulangannya adalah baik. Kalau kita lihat inflasi sekarang sudah mencecah ke 6%. Kita perlulah mencari tempat menggandakan wang yang boleh memberi pulangan yang lebih daripada 6%.
    Infalasi memakan duit kita sekiranya tempat pelaburan wang memberi pulangan dibawah 6%.

    BunYan, Unit Mutual Consultant.

  13. Comment from mohdabdhalim on July 19th, 2008 :

    Kalau tidak silap saya, dana-dana pada masa sekarang kebanyakkannya berada pada harga yang murah dan rendah. Masa yang amat sesuai untuk melakukan pembelian unit saham amanah.

  14. Comment from syah on August 18th, 2008 :

    apakah yang dimaksudkan dengan agihan pendapatan??adakah bermaksud jika harga Unit trust saya sekarang RM0.85 seunit..maka, dengan agihan RM0.15 (15 sen), maka harga sesaham saya akan turun kepada RM0.70??betul ke???

  15. Comment from mohdabdhalim on August 18th, 2008 :

    Agihan pendapatan = pemberian dividen kepada pelabur.

    Agihan pendapatan dikira berdasarkan kepada unit yang telah anda laburkan.

  16. Comment from syah on August 20th, 2008 :

    mcm mane pengiraannya ye??bleh kasi contoh tak??mungkin sy akn lebih senang paham..tq so much

  17. Comment from mohdabdhalim on August 20th, 2008 :

    Jika saudara Syah untuk mengetahui cara pengagihan pendapatan untuk ASB sila rujuk artikel berikut : http://mohdabdhalim.com/asb/pengiraan-dividen-bonus-asb/

    Untuk unit amanah saham swasta pula kaedah pengiraannya berbeza bergantung kepada pihak (bank) yang menawarkan unit amanah tersebut.

    Seperti yang saya katakan pada artikel di atas. Ia perlu mengambil kira pada faktor semasa seperti harga belian dan jualan untuk seunit + yuran pengurusan yang dikenakan.

Apa Komen / Pendapat Anda?