Sindrom Hutang : Kehendak dan Kepuasan
Kategori Pengurusan Kewangan | Sebanyak 5 Pendapat Menarik!
.. Sambungan Sindrom Hutang
Si bapa kaya, Robert T. Kiyosaki ada menyebut “as your cash flow grows, you can buy some luxuries. An important distinction is that rich people buy luxuries last, while the poor and middle class tend to buy luxuries first. The poor and middle class tend to buy luxuries such as big houses, diamonds, furs, jewelry or boats because they want to look rich. They look rich, but in reality they just get deeper in debt on credit.”

Penyakit inilah yang sentiasa menyelubungi masyarakat kita pada hari. Penyakit suka bermewah-mewahan secara berlebihan. Dalam erti kata lain, bermewahan melampui dari kemampuan asal.
Benar juga apa yang dikatakan oleh Pakdi di dalam artikelnya Graduan Muda : Mula Uruskan Wang Anda Sekarang! Kebanyakkan graduan-graduan pada hari telah membelanjakan 1/3 dari pendapatannya untuk pembayaran pinjaman kenderaannya sahaja.
Itu belum termasuk hutang kad kredit, hutang pinjaman pelajaran dan seterusnya bayar hutang untuk rumah sewa dan belanja awek/pakwe perbelanjaan harian. Kebanyakkan graduan-graduan terutamanya yang berpangkat eksekutif lebih mengutamakan gaya, mutu, keunggulan. Biar poket kosong asalkan ada class gitu! Yang paling penting, biar awek-awek/jejaka-jejaka terliur melihat graduan eksekutif ini tadi dengan kereta mewahnya tadi. Kereta bukan sebarang kereta. Paling cikai pun Toyota Vios.
Sepatutnya, dalam usia muda sebegini masih belum terlewat untuk memperbaiki sosio-ekonomi atau struktur kewangan seseorang itu. Saya masih teringat akan kata-kata seorang mamat cina yang sepejabat denganku. Beliau cakap, “I don’t care how much money you earned, but the important thing is how do you manage it!” Kebanyakkan daripada graduan yang baru mendapat kerja, lepas 4-5 bulan dah nak beli kereta mewah selang 2-3 bulan tukar handphone baru sudah tentunya yang support 3G. 2-3 bulan kemudian beli pulak laptop! Kemudian PDA. Ishhh..! Bergaya pun biarlah berpada. Bayangkan, dari duit pinjaman kenderaan yang dibayar setiap bulan dilaburkan. Dan hasilnya dalam jangka masa 7 atau 9 tahun pastinya berguna untuk menampung kehidupan setelah berumahtangga nanti.
Seterusnya melangkah ke sosio-ekonomi yang telah berumahtangga dan berkeluarga. Situasi yang penuh dengan pancarobanya. Perbelanjaan yang ditanggung bukannya sedikit, bahkan hampir 2/3 hasil pendapatan digunakan untuk membayar segala hutang-piutang dan selebihnya perbelanjaan untuk keluarga dan anak-anak.
Corak perbelanjaan yang sering saya perhatikan dalam masyarakat kita hari ini ialah berbelanja dengan mengutamakan sesuatu yang hanyalah sekadar ‘kehendak demi satu kepuasan’. Kalau boleh, segala apa yang ada dirumah mampu mengatasi apa yang dimiliki oleh jiran-jiran. Kalau jiran yang hanya ada TV Flat Screen 21 inci sebolehnya kita nak celen mereka dengan TV Plasma 42 inci. Perghh..! Bangga tu bila dapat pujian dari jiran-jiran. Padahal, beli t.v tadi pun buat loan.
Dalam Islam, sesungguhnya sikap riak, ujub dan takbur inilah yang harus dijauhi, apatah lagi amalan membazir yang menyerupai amalan syaitan. Buat apa punya t.v plasma, sofa mahal atau kereta mewah semata-mata ingin jadi ‘the best’ atau yang terbaik di antara jiran-jiran dan sanak-saudara. Demi kebanggaan tadi, kita sanggup membebani diri kita dengan segala hutang-piutang. Silap-silap hutang tak bayar, bila diisytiharkan muflis segala harta akan ditarik dan hilang begitu sahaja.
Ukurlah baju di badan sendiri! Buat apa nampak bergaya, padahal poket sentiasa kosong. Sepatutnya biarlah nampak sederhana dan ’simple’. Berbelanjalah di atas keperluan dan bukannya kehendak! Berbelanja biar berpada-pada dan bukannya bermewah-mewah.
Seharusnya di dalam perbelanjaan :
1) Bagi graduan muda, terbaik adalah dengan memanfaatkan 1/3 pendapatan mereka untuk disimpan atau dilaburkan daripada menggunakan semata-mata untuk sebuah kereta mewah;
2) Berbelanja di atas keperluan dan bukannya kehendak semata-mata demi satu kepuasan;
3) Ukurlah baju di badan sendiri, gaya, mutu dan keunggulan itu tiada maknanya jika hutang masih keliling pinggang.
Share This |
Kembali Ke Halaman Utama!

Blog yang bertemakan
'Menyingkap Segala Elemen' ini lebih banyak membicarakan mengenai pengurusan kewangan, topik keagamaan, isu terkini, saham, pelaburan,
perniagaan internet dan juga satira. Blog ini juga berkonsepkan fotoblog dan ia telah dibangunkan serta
direkabentuk oleh pemiliknya sendiri iaitu Mohamad Abdul Halim melalui platform Wordpress.
Entries (RSS)
ya, membeli kereta adalah kesilapan utama seorang yang belum ada financial foundation yang kukuh spt seorang eksekutif muda yang baru kerja 2 bulan.
Agaknya, trend eksekutif muda hari takut kena kutuk member-member. Apa ‘class’ pakai motor beb! Hihih.. :p
kelas tak kelas, hujung bulan carik megi
susah2 sket je dahulu. 3-5 tahun je nak bina foundation yang kuat.
Btul tu susah-susah dahulu, tp jgn la sampai susah-susah makan megi kononnya nak ada ‘class’. Itu menyusahkan diri namanya!
betol..nene tak kesah pun pakai moto warisan bapakku..ehehe…padahal keje QC engineer..(baru 5 bulan)…operator pun gi keje naik kete, engineer ni rempit aje..wakaka..tak kesah…nene sayang duit..baik bg kat mak ayah, simpan utk kawen, smpan nak wat bisnes..nanti dah kayo beli le kete..smpan duit bebanyak kat ASB ok kut