Perancangan Kewangan
Kategori Pengurusan Kewangan | Tiada Komen Setakat Ini!
Istilah pengurusan & perancangan kewangan lazimnya agakĀ taboo untuk dibicarakan bagiĀ sesetengah orang. Sehinggakan ada yang berfikir bahawa ilmu perancangan kewangan adalah untuk mereka yang berpendapatan tinggi dan kaya sahaja. Tetapi, benarkah begitu? Jika tidak, apa sebenarnya?
Secara amnya, perancangan kewangan membabitkan pandangan menyeluruh mengenai kedudukan kewangan sendiri yang meliputi pelbagai sudut pengurusan kewangan dan harta, dan kemudian melalui proses langkah demi langkah untuk mengatasi masalah kewangan serta mencapai matlamat kewangan.

Perancangan kewangan adalah penting, walau banyak mana sekalipun pendapatan kita. Rahsianya ialah mengetahui di mana kita sekarang, hendak ke manakah kita pada masa hadapan dan bagaimana untuk sampai ke sana!
Berikut ialah sebahagian elemen dalam perancangan kewangan :
1) Menentukan Matlamat Kewangan
Menentukan matlamat kewangan dapat membantu orang ramai baik yang muda mahupun yang dewasa untuk mempelajari nilai wang. Matlamat kewangan mencerminkan apa yang individu terbabit hendak lakukan dengan wang ditangan mereka dalam satu jangka masa tertentu. Penentuan matlamat akan mendorong seseorang berbelanja dan menyimpan wang mengikut kaedah yang akan membolehkan matlamat mereka tercapai.
Umumnya matlamat-matlamat terdiri daripada pelbagai bentuk, ini termasuklah matlamat seperti :
i) Membeli rumah;
ii) Membeli kereta;
iii) Berkahwin;
iv) Pelajaran anak-anak;
v) Percutian;
vi) Persaraan;
vii) Perbelanjaan perubatan.
2) Pengurusan Aliran Tunai
Pengurusan aliran tunai di sini membawa maksud kita menentukan aliran atau ke mana wang yang kita miliki itu digunakan. Ini termasuklah :
i) menilai nilai bersih kewangan yang kita ada sekarang (apa yang dimiliki ditolak hutang yang ada). Ini secara amnya akan menunjukkan kepada anda sama ada anda bakal menikmati kebebasan kewangan atau mengalami masalah kewangan;
ii) belanjawan;
iii) membuat simpanan/tabungan;
iv) menghapuskan hutang.
3) Perancangan & Pengurusan Risiko dan Perlindungan Takaful/Insuran
Perkara ini seringkali diabaikan. Kita jarang memikirkan situasi kita di masa hadapan. Seolah-olah kita begitu yakin bahawa tiada malapetaka yang bakal menimpa kita. Seharusnya kita harus memastikan supaya diri kita, keluarga kita dan aset yang kita ada harus dilindungi oleh takaful/insurans secukupnya.
4) Perancangan Pelaburan
Setelah kita menentukan jumlah wang yang hendak ditabungkan, kita juga perlu melakukan pelaburan. Tujuan sebenar melaburkan wang itu adalah untuk mencapai matlamat mendapatkan pulangan yang lebih tinggi dibandingkan dengan akaun simpanan yang biasa. Satu strategi pelaburan perlu dibentuk supaya kita mendapat kejayaan besar dalam mencapai matlamat kewangan kita bersesuaian dengan kemampuan dan risiko yang kita sedia hadapi.
5) Perancangan Cukai, Penyucian Harta (Zakat) dan Sedekah
Perancangan cukai dan zakat membabitkan semua orang yang mempunyai pendapatan, namun inilah perkara yang jarang kita ambil berat atau seringkali dilupakan. Oleh itu, perancangan cukai dan zakat (menyucikan harta) membabitkan strategi untuk menikmati yang terbaik daripada pendapatan, saham, hartanah dan harta lain yang kita miliki, bawah sistem cukai tempatan.
6) Perancangan Persaraan dan Tabungan
Kita tidak akan bekerja sepanjang hayat kita. Apabila tanda-tanda usia meningkat sudah bermula atau kita telah mencapai usia mesti bersara, maka kita terpaksalah bersara. Oleh itu, amat mustahak mempunyai pelan kewangan untuk hari tua kita.
7) Perancangan & Pengurusan Harta Pusaka (Hibah, Wakaf, Akaun Amanah dan Surat Wasiat)
Mempunyai perancangan harta atau wasiat dapat memastikan kehendak kita terhadap kedudukan masa hadapan keluarga akan dilaksanakan. Selain itu, perancangan harta atau wasiat dapat menyediakan kedudukan kewangan yang kukuh untuk keluarga anda, memastikan harta kita terpelihara dan diberikan kepada waris-waris kita, serta mengelakkan perselisihan antara ahli keluarga kita.
Share This |
Kembali Ke Halaman Utama!

Blog yang bertemakan
'Pengurusan Kewangan, Saham & Perniagaan Internet' ini lebih banyak membicarakan mengenai pengurusan kewangan, isu terkini, saham, pelaburan,
perniagaan internet dan ulasan ebook. Weblog ini telah dibangunkan serta
direkabentuk oleh pemiliknya sendiri iaitu Mohamad Abdul Halim melalui platform Wordpress.
Entries (RSS)
Apa Komen / Pendapat Anda?