11/08/08, 7:55 pm

Mentor Jutawan

Sudah lama saya menyepi dari dunia blogging. Bukan kerana suka-suka atau bosan untuk menulis tetapi saya agak sibuk dengan rutin harian dan perniagaan sampingan yang dijalankan.

Alhamdulillah, dengan berkat dan bantuan dari ALLAH Subhana Wa Ta’ala, saya berjaya menyiapkan kerja-kerja yang sekian lama telah tertunggak. Untuk kali ini, saya tidak mahu lagi mengulas atau bercerita mengenai isu minyak. Bagi saya, kisahnya pasti tiada penghujungnya dan masalah ini tetap kita hadapi jua di masa-masa yang mendatang.

*************************

Untuk artikel kali ini, saya akan kongsikan bersama-sama dengan kalian petikan dan tips-tips yang menarik dari 8 orang mentor jutawan di Malaysia yang sudah pastinya boleh menjadi contoh, panduan, ikon atau mentor dalam diri kita khususnya untuk berjaya di dalam bidang perniagaan yang sedang kita ceburi.

8 orang Mentor Jutawan yang saya maksudkan itu ialah termasuklah :
1. Dato’ Dr Fadzilah Kamsah = Mentor kepada mentor!
2. Azizi Ali = Jurulatih Jutawan
3. Chef Li (Dato’ Dr Rusly) = Jutawan Senyap
4. Dato’ Dr Azman Ching = Jutawan Jualan Lansung/MLM
5. Billi Lim = Jutawan Berani Gagal
6. Dato’ Hussamuddin = Pengasas Kumpulan Karangkraf
7. Abang Abu = Usahawan/Motivator/Jutawan dari Singapura
8. Irfan Khairi = Jutawan Internet

Untuk makluman anda, kelapan-lapan orang mentor jutawan ini akan berkongsikan kisah, strategi dan tips-tips bagaimana anda juga boleh mencapai kejayaan yang cemerlang seperti mereka. Semoga dengan tips-tips ini, dapatlah membantu dan memberi peransang untuk kita terus berjaya di dalam bidang-bidang yang diceburi.

Mentor Jutawan #1 : Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah (Motivator/Penceramah)
Tips : Rahsia kejayaan perniagaan!
Huraian : Untuk berjaya dalam apa perniagaan pun, kita mesti ada niche atau bidang yang kita pakar. Sebenarnya Irfan Khairi berjaya kerana pakar dalam bidang yang orang lain tidak nampak sebelum ini. Motivasi pula saya adalah antara kalangan yang tertua. Jadi kita jadi yang pioneer.

Satu lagi kita mesti ada satu bidang yang luar biasa dan orang lain perlukan. Ertinya kalau kita nak berniaga, kita perlu berniaga yang orang lain tak boleh nak beri. Jadi orang mendapatkan khidmat daripada kita.

*****

Mentor Jutawan #2 : Azizi Ali (Jurulatih Jutawan)
Tips : Cara yang lebih bijak menjadi jutawan
Huraian : Untuk menjadi seorang jutawan dengan cara yang lebih bijak adalah dengan adanya ‘multiple streams of income’. Ini bermakna wang kita yang masuk ke dalam kita punya akaun biar datang dari banyak aliran pendapatan.

Sebagi contoh saya sendiri di mana saya masih seorang juruterbang saya mendapat gaji saya setiap bulan tetapi saya juga mendapat royalti daripada hasil penulisan buku saya serta saya juga mendapat hasil daripada sewaan rumah saya. Saya juga mendapat dividen daripada beberapa pelaburan saya yang lain.

Saya juga tahu yang kebanyakan kenalan jutawan saya punyai MSI ini iaitu ‘Multiple Sources of Income’. Dan untuk mendapatkan multiple inilah di mana kita perlu buat ‘after burner income’ di mana kerja itu sekali dan mendapat pulangannya datang berkali-kali.

*****

Mentor Jutawan #3 : Dato Dr Azman Ching (Jutawan Jualan Langsung)
Tips : Matlamat
Huraian : Hari ini kita hidup dalam dunia ni beberapa puluh tahun sahaja dan akhirnya kita akan meninggalkan dunia ini, tetapi manusia meninggal dengan meninggalkan nama. Tapi nama kita boleh ditinggalkan atau diingati oleh keluarga kita. Tetapi yang paling penting adalah apakah matlamat yang kita capai!

Tak kisahlah matlamat kita apa pun samada nak mejadi seorang peguam ataupun doktor, tapi yang paling penting adalah matlamat kita tercapai. Kita boleh tengok yang baru-baru ini, matlamat seorang angkasawan yang telah tercapai untuk sampai ke angkasa.

Kita nampak apabila matlamat kita tercapai, itu akan menjadikan kita sebagai manusia menjadi lebih positif dan akan meneruskan perjuangannya dalam kehidupannya. Bila kita punyai matlamat kecil maka kecillah hasilnya, dan sekiranya kita punyai matlamat yang besar maka besarlah hasilnya.

*****

Mentor Jutawan #4 : Chef Li (Jutawan Senyap)
Tips : Perlunya idola/mentor
Huraian : Kita memerlukan idola dalam bidang yang kita nak kerjakan. Sebab, bisnes ini bukan suatu yang mudah buat terus menjadi, selalunya lari jauh daripada apa yang kita rancang. Jadi apabila kita jumpa dengan idola yang tepat, kita akan mendapat nasihat-nasihat yang positif. Jadi maknanya, dalam berkawan pun kena pilih juga dah jadi usahawan-usahawan ini. Tak sesuai lagi kita dah jadi usahawan ini kita berkawan dengan orang yang minat memancing, minat burung dan sebagainya.

Bila kita meluahkan susah payah kita pada beliau, dia akan kata ‘dah kata dulu dah, bisnes memang macam tu, susah’, tapi kalau kita jumpa satu rakan ataupun seorang idola, ataupun seorang mentor yang memang seorang usahawan yang tulen, bila kita mengadu padanya ‘aku berniaga ni dah dua minggu, merosotlah, tak mencapai sasaran’. Dia akan tanya ‘Berapa jualan engkau sekarang?’. ‘Dulu-dulu selalu lima ratus, sekarang cuma empat ratus’. ‘Empat ratus bagus lagi, aku dulu pernah lima puluh saja’.

*****

Mentor Jutawan #5 : Billi Lim (Jutawan Berani Gagal)
Tips : Kegagalan
Huraian : Pada saya ‘When you lose, don’t lose the lesson’. Maksudnya bila anda gagal, jangan lupakan pelajarannya. Setiap yang kita buat adalah pelajaran. Mungkin bukan hasil apa yang kita nak, tapi apa sahaja yang terjadi, anda akan belajar dari kesilapan dan tugas anda adalah tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Sebagai contoh, dalam satu temuduga dengan Bill Gates ‘What type of people you would like to employ?. Bill Gates jawab ‘I would employ a person, who have failed before, the reason I want to employ is because I don’t want him to fail in my company, so he must fail in other people’s first!’

Boleh katakan sekiranya seseorang itu diberi peluang ke dua, kesetiaan dan tenaga akan bertambah. Memang betul, daripada pengalaman saya, sesiapa yang pernah gagal, akan menjadi lebih baik kemudian. Tiada sebarang inovasi akan terjadi sekiranya seseorang itu takut gagal!

*****

Mentor Jutawan #6 : Abang Abu (Motivator)
Tips : Strategi mencapai matlamat semudah A-B-C-D
Huraian : A itu adalah Aim. Ada orang yang tiada aim, ada juga yang banyak sangat aim. Kita kena tanya diri kita, apa matlamat kita buat sesuatu perkara. Matlamat kena satu, kerana ramai selalunya mempunyai banyak sangat matlamat.

B pula adalah believe, iaitu percaya akan matlamat kita. Ramai mempunyai impian besar tetapi tidak mencapainya, kerana kita mesti percaya akan impian tersebut. Contohnya Edison, ramai yang mengatakan beliau gila kerana cuba mencipta lampu beratus kali. Tetapi beliau percaya dalam matlamat beliau.

C adalah courage. Berani untuk apa? Mungkin berani untuk gagal. Misalannya kita tidak perlu takut jika kita membuat sesuatu itu gagal atau tidak menjadi keberanian menerima kegagalan sendiri dan berubah!

D pula Do it, kalau nak duit kena do it. Kalau kita nak sesuatu, kita kena lakukan sesuatu untuk mencapainya. Jangan berhenti sehingga kita mencapai apa yang kita nak.

*****

Mentor Jutawan #7 : Dato’ Hussamuddin (Pengasas Kumupan Karangkraf)
Tips : Mengendalikan Kakitangan
Huraian : Di Karangkraf sekarang kita ada 1100 karyawan. Tetapi saya tak rasa susah handle mereka, kerana saya memberi ruang kepada setiap insan yang ada di Karangkraf untuk berkembang dengan pace mereka sendiri.

Saya percaya, kalau kita beri seseorang kepercayaan, dia akan boleh berkembang. Jadi di Karangkraf, saya percaya kepada memberi peluang. Saya beri mereka tanggungjawab, dan biar mereka berkembang. Setiap team diberi autonomi untuk mengendalikan majalah mereka sendiri.

Saya bagi peluang, saya bagi ruang, saya bagi guideline dan saya delegate kuasa dan authority kepada setiap orang untuk berkembang. Ia ibarat anak, kalau kita kongkong sangat, anak itu akan jadi memberontak. Tapi kalau kita bagi galakan, garis panduan, anak tersebut boleh berjaya. Itulah prinsip yang kami amalkan.

*****

Mentor Jutawan #8 : Irfan Khairi
Tips : Pengorbanan dalam menuntut ilmu
Huraian : Kerja yang saya lakukan sebagai tukang cuci memberikan pengalaman kepada saya, setiap pagi selama dua tahun, sebelum memasuki kelas ataupun kuliah di universiti, saya akan bekerja sebagai tukang cuci pasaraya dan tandas untuk mendapatkan wang tambahan. Saya lakukan ini selama 2 tahun.

Dengan wang tambahan tersebut saya akan ke kedai buku pada hujung minggu untuk membeli buku-buku kejayaan untuk melengkapkan lagi diri saya tentang ilmu-ilmu kejayaan. Jadi di situ, saya dapat mempelajari bahawa kita perlu mempunyai satu disiplin yang kuat untuk berjaya dalam bidang apa sahaja yang kita masuki.

Kemudian barulah saya memulakan perniagaan dan mempelajari tentang ilmu perniagaan ini iaitu perniagaan Internet. Di situ rezeki mula berpihak kepada saya.

*****

Semoga dengan tips-tips ini tadi akan membawa manfaat dan membantu kita ke arah kecemerlangan yang ingin kita tujui.

Akhir sekali, sekiranya anda berminat untuk mendapatkan tips-tips yang lebih lanjut dari 8 Ikon Jutawan Malaysia ini. Sila layari laman web http://www.irfankhairi.com/mentor atau sila klik DI SINI.

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...
362 Views
Share This  |  Kembali Ke Halaman Utama!

Sebanyak 2 Pendapat Menarik!

  1. Comment from Zairol on August 22nd, 2008 :

    Salam Perkenalan. ko ada komen kat blog aku zaman2 jepun dulok.. menjejaki jutawan senyap.. terlawat pulak blog ko.. mmm keja kat bintulu ka?.. btw wish u can add my blog in your blogroll and i’ll do so

  2. Comment from mohdabdhalim on November 10th, 2008 :

    Salam perkenalan Zairol. Yup aku pnah komen kat blog ko suatu masa lok! Yup masih keja kat Bintulu. Ahaks aku dah add link ke blog ko kat blog aku ni. So, jgn lupak add blog aku juga kat blog ko k!

Apa Komen / Pendapat Anda?