24/06/08, 9:59 pm

Stesen Minyak Mogok?

Hari ini, 24 Jun 2008 genaplah 2 minggu harga minyak dinaikkan. Ingatkan isu pasal minyak ni dah lenyap dan hilang begitu sahaja. Tetapi saya silap! Hari ni timbul pulak isu minyak yang lain pula. Pengusaha stesen minyak mogok! Mogok? Tak nak jual minyak? Dengar kata, diaorang nak mogok selama 3 hari. Btul ke?

Cerita stesen minyak mogok ni bermula di Sabah. Berikut adalah kenyataan dari akhbar Utusan Malaysia : “KOTA KINABALU 24 Jun – Stesen minyak di bandar-bandar utama di negeri ini sesak dengan kenderaan ekoran khabar angin yang tersebar luas bahawa pengusahanya akan melancarkan mogok dengan menutup operasi, mulai esok.”

Saya ingatkan cerita ini hanya berlaku di negeri Sabah sahaja. Rupa-rupanya kat negeri Sarawak ni pun sama. Sekitar jam 6 petang saya menerima satu SMS dari rakan saya yang memaklumkan bahawa pengusaha stesen minyak hendak mogok. Dan mereka akan menghentikan jualan minyak mereka selama 3 hari bermula hari esok. Mujurlah saya telah mengisi minyak semalam, jadi saya tidak perlu risau tentang perkara tersebut dan saya terus melakukan rutin kerja saya di pejabat.

Namun, sewaktu saya balik dari tempat kerja pada pukul 8 tadi, saya lihat masih begitu banyak kenderaan berpusu-pusu dan berbaris panjang menuju ke stesen minyak apabila mendengar khabar berita tersebut. Pasti mereka risau bila mendengar khabar ini, kerana tanpa minyak sudah tentu kenderaan masing-masing tidak dapat digerakkan.

Kenapa pengusaha stesen minyak ni nak mogok?
Saya tidak tahu dari manakah mereka mendapat khabar berita ini. Tadi saya sempat bertanya dengan salah seorang rakan saya yang bekerja di Semenanjung sana. Beliau mengatakan bahawa tiada pula timbul isu stesen minyak mogok dan pengguna berbaris panjang di stesen minyak.

Jadi kenapa pula timbul isu stesen minyak mogok di Sabah dan Sarawak sahaja? Diaorang ni suka-suka mogok ke? Ada yang mengatakan pengusaha stesen minyak ni mogok disebabkan tindakan kerajaan yang belum lagi menaikkan komisen jualan mereka sehinggakan menyebabkan mereka menanggung beban kos operasi yang merugikan.

Berikut adalah kenyataan dari Berita Harian mengenai keputusan Persatuan Pengusaha-pengusaha Stesen Minyak Tempatan (PDAM) yang menghentikan sementara penggunaan kad kredit di stesen minyak.

“Semua stesen minyak di seluruh negara akan menghentikan sementara urus niaga menggunakan kad kredit mulai hari ini sehingga kerajaan memenuhi tuntutan mereka supaya menaikkan komisen jualan minyak.”

Pengusaha stesen minyak mogok tak nak jual minyak!
Menurut artikel dari akhbar di atas ini, ianya lansung tiada kaitan dengan isu stesen minyak mogok tetapi sebaliknya hanya menghentikan pengunaan kad kredit di stesen minyak mereka buat sementara waktu. Saya tak taulah dari mana diaorang ni dapat cerita pasal mogok ni. Sama ada ni khabar angin atau khabar hangit. Atau ada orang-orang tertentu yang sengaja atau hobinya mengemparkan suasana dan menyebarkan berita palsu. Atau ini merupakan salah satu strategi pengusaha minyak kat Sabah dan Sarawak ni untuk memenuhi stesen minyak mereka semula, setelah beberapa minggu lenggang akibat kenaikkan harga minyak. Terpulanglah..

Apa-apa pun kalau kalian seorang pengusaha minyak atau seorang peniaga. Pastinya kalian akan tahu jawapan di sebaliknya! Adakan tindakan tersebut berbaloi (menguntungkan) atau merugikan perniagaan sendiri?

Cuma besok dan seterusnya saya nak lihat, benar ke stesen minyak di Sabah dan Sarawak akan ditutup, atau si pengusaha stesen minyak tersenyum riang sambil mengurut dagu mereka.

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...
433 Views
Share This  |  Kembali Ke Halaman Utama!

Sebanyak 2 Pendapat Menarik!

  1. Comment from ahib0205 on July 21st, 2008 :

    hm… kenapa dan kenapa? hehehe… la ni all about money :P

  2. Comment from mohdabdhalim on July 27th, 2008 :

    Ahaks! Btul tu ahib0205. Demi duit manusia sanggup buat apa saja.

Apa Komen / Pendapat Anda?