Hukum Pelaburan ASB
Kategori Hukum | Sebanyak 2 Pendapat Menarik!
Tergerak di hati saya untuk membuka semula topik tentang hukum pelaburan di ASB setelah saya terbaca artikel di blog Pakdi. Memang sebelum ini saya telah mewar-warkan di dalam blog lama saya tapi ingin saya singkapkan kembali isu ini semula.

Hukum Amanah Saham melalui keputusan Fatwa Negeri mengenai pelaburan ASB ini :
Fatwa Negeri yang memutuskan ianya adalah HARUS :
1) Keputusan Fatwa Negeri Sarawak : Harus
2) Keputusan Fatwa Negeri Perak : Harus dan keuntungannya halal
Fatwa Negeri yang memutuskan ianya adalah HARAM :
1) Keputusan Fatwa Negeri Selangor : Haram
Manakala, keputusan Fatwa Negeri Terengganu telah memutuskan jawapan yang kurang pasti. Dalam erti kata lain, sebarang pelaburan yang menyalahi hukum syarak maka hukumnya adalah haram.
Sampai ke hari ini saya/kita masih menunggu keputusan dan jawapan dari Mufti Kebangsaan mengenai hukum pelaburan di ASB ini. Kelemahan yang paling nyata di dalam pengurusan pelaburan ASB ini (yang dikendalikan oleh pihak PNB) adalah apabila tiadanya ahli majlis penasihat syariah suruhanjaya sekuriti yang mengkhususkan (memantau dan memastikan) pelaburan tersebut dilaburkan ke kaunter yang mengikut hukum syarak dan halal. Rujuk semula prospektus dan lihat di manakah ianya telah dilaburkan.
RASULULLAH S.A.W telah bersabda: “Sesungguhnya yang halal itu jelas, dan sesungguhnya yang haram itu jelas. Dan di antara keduanya adalah (perkara-perkara) yang syubhat (serupa, samar, tidak jelas), yang kebanyakan (umumnya) orang tidak (dapat) mengetahuinya. Maka barangsiapa yang takut (menjaga diri, berhati-hati) dari perkara yang syubhat itu, maka dia telah menjaga (membebaskan, membersihkan) agama dan kehormatannya. Dan barangsiapa yang terjerumus kepada yang syubhat, maka dia terjerumus kepada yang haram. Seperti seorang penggembala yang menggembala di sekitar tempat yang terlarang, hampir saja dia akan masuk ke dalamnya. Ingatlah bahawa setiap raja/penguasa mempunyai batas/larangan.Ingatlah bahawa batas/larangan Allah itu adalah perkara-perkara yang diharamkannya. Ingatlah bahwa sesungguhnya di dalam jasad (tubuh seseorang) itu adan segumpal daging, ia baik maka akan baiklah jasad itu seluruhnya. Dan apabila ia rusak, maka rusaklah jasad itu seluruhnya. Ingatlah ia itu adalah hati.”
[Sahih Muslim: III: 1219-1220; Kitab Al Musaqat]
Share This |
Kembali Ke Halaman Utama!

Blog yang bertemakan
'Pengurusan Kewangan, Saham & Perniagaan Internet' ini lebih banyak membicarakan mengenai pengurusan kewangan, isu terkini, saham, pelaburan,
perniagaan internet dan ulasan ebook. Weblog ini telah dibangunkan serta
direkabentuk oleh pemiliknya sendiri iaitu Mohamad Abdul Halim melalui platform Wordpress.
Entries (RSS)
[…] pada tahun lepas yang bertajuk “Hukum Pelaburan di ASB” saya pernah mengulas mengenai hukum pelaburan di Amanah Saham Bumiputera (ASB) mengikut keputusan […]
[…] lepas yang berkaitan : 1) Hukum Pelaburan di ASB adalah HARUS! 2) Hukum Pelaburan ASB 3) ASB vs Unit […]