7/04/08, 12:11 am

Web Berunsurkan Skim Cepat Kaya

Artikel/entri ini merupakan sambungan daripada entri Penyakit Di Dunia Internet. Sekiranya kalian masih belum membaca entri tersebut, sila klik DI SINI untuk membacanya.

Kebelakangan ini terdapat banyak jenis web-web yang berunsurkan skim cepat kaya, skim derma-menderma dan skim menaja sambil untung semakin membarah di persada internet ini. Kebanyakkannya mempunyai konsep yang sama dengan menyediakan beberapa produk tertentu sebagai topeng untuk mengelirukan orang ramai.

Yang paling ketara ialah beberapa buah laman web yang mewajibkan ahli-ahlinya menjadi reseller produk mereka dan seterusnya ahli tadi perlu mempromosikan laman web tersebut sehingga mereka menjadi top reseller (cari downline sehingga level 4) kemudian barulah mereka layak untuk mendapatkan modal mereka semula dan memperolehi keuntungan. Dari apa yang saya perhatikan kebanyakkan ebook yang ditawarkan telah lapuk dan basi (ketinggalan zaman).Sekiranya kalian sebelum ini pernah menerima emel-emel yang menawarkan program-program sebegini. Nasihat saya adalah agar kalian tidak terus terpengaruh dan percaya dengan ayat-ayat power dan janji-janji manis mereka (penaja).

Seperti yang telah saya janjikan sebelum ini. Di bawah ini saya senaraikan beberapa buah laman web di negara kita yang menawarkan program-program yang merapu dan merepek kononnya gerenti dapat untung berlipat kali ganda sekiranya kita menyertai program mereka. Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, saya telah memecahkan kepada beberapa bahagian agar kalian boleh menyemak semula program yang ditawarkan.

1. Kononnya, konsep derma-menderma. Padahal lebih menjurus kepada program mengemis :
~ www.amaljariah.net
~ www.alfalah2u.net
~ www.binaharta.com
~ www.dermawan.biz
~ www.dermawang.com
~ www.mywangpos.com

2. Katanya jadi reseller untuk produk ebook basi mereka. Ironinya, kena cari downline hingga level 4 untuk menjadi top reseller dan seterusnya barulah layak dapat keuntungan :
~ www.buatkerjadapatduit.webs.com
~ www.duitsenang.net
~ www.duithalal.com
~ www.duit-reseller.com
~ www.duitsiber.net
~ www.kuasawang.com
~ www.matawang.com
~ www.my50club.com
~ www.otowang.com
~ www.pay4u.biz
~ www.perigiduit.com
~ www.surerich.net
~ www.vvipcash.com
~ www.wangrakyat.net

3. Menjurus kepada konsep pelaburan sambil cari orang. Bila dapat downline bolehlah dapat keuntungan faedah rujukan :
~ www.asbfund.com

Senarai web di atas ini tadi merupakan sebahagian daripada laman web yang dibangunkan oleh orang kita yang menyalahgunakan konsep reselleratau affiliate, derma-menderma dan taja-menaja untuk kepentingan (agenda) tersendiri. Tapi apa yang jelas dan nyatakan, konsep yang mereka jalankan menjurus kepada skim cepat kaya.

PERHATIAN!

Kepada Admin/Founder/Moderator/Pemilik/Penaja/Ahli web-web di atas : Sekira kalian merasa web kalian tidak seharusnya tersenarai di bawah topik ini atau dilabelkan sebagai web yang berunsurkan skim cepat kaya. Sila turunkan mesej anda di ruangan komen di bawah ini. Saya amat mengalu-alukan pendapat anda sekiranya ada sebarang bantahan.

Kepada Pembaca/Bakal Mangsa/Bakal Ahli/Bakal Penaja : Sila baca dan fahami konsep yang mereka jalankan sebelum menyertai atau terlibat dengan program yang kononnya menjanjikan pulangan yang lumayan kepada anda. Jangan mudah percaya dengan ayat manis upline anda yang mengatakan bahawa bila dah sertai program ini anda boleh goyang kaki sambil menunggu duit masuk.

Akhir sekali, saya menyarankan agar kalian meluangkan sedikit masa kalian untuk membaca laporan khas ini iaitu mengenai Kempen Celik Duit Internet (Klik DI SINI untuk membacanya) untuk memahami dengan lebih jelas mengenai program-program yang telah wujud di persada internet ini. Semoga dengan penerangan yang telah saya sampaikan dapat membantu kita semua dari terjerumus ke dalam program-program yang berunsurkan skim cepat kaya.

Sekiranya kalian punya sebarang komen atau pendapat untuk entri/artikel kali ini. Diharapkan kalian boleh berkongsi pendapat dan komen di ruangan bawah ini.

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...
617 Views
Share This  |  Kembali Ke Halaman Utama!

Sebanyak 5 Pendapat Menarik!

  1. Comment from Eddie on June 5th, 2008 :

    Bravo bro~!!

  2. Comment from mohdabdhalim on June 5th, 2008 :

    Thank you Eddie! :)

  3. Comment from zakwan on July 24th, 2008 :

    camne ngan … citiloan-program kebajikan ummah? bleh caya ke program dia 2?apa pendapat tuan…

  4. Comment from hamba allah on July 26th, 2008 :

    1. Kononnya, konsep derma-menderma. Padahal lebih menjurus kepada program mengemis :
    ~ www.amaljariah.net
    ~ www.alfalah2u.net
    ~ www.dermawan.biz
    ~ www.mywangpos.com
    Tuan tahu tak ?
    Apa yang tuan senaraikan di atas adalah berunsur fitnah, Padahal tuan tak tahu menahu matalamat sebenar, saya sebagai ahli dermawan.biz rasa duka cita, sebab setengah program adalah niat untuk membantu mereka yang susah, dan di hari ini mereka dah lepas dari belenggu hutang. Ini bukan memaksa orang, Cuma satu idea untuk dapat pertolongan dari ahli yang masuk program yang sama.
    (skim cepat kaya itu melibat kan dengan banyak keluar duit seperti bayar beribu-ribu untuk dapat berjuta-juta)
    Adakah tuan ada system yang lebih baik untuk membantu mereka yang memerlu. Akhir sekali saya harap tuan check balik dan pelajari balik tentang www.dermawan.biz, kalau nak tahu lebih lanjut program Bantu insan. tuan boleh hubungi untuk penjelasan tel:0164049722

  5. Comment from mohdabdhalim on July 27th, 2008 :

    Terima kasih Hamba ALLAH, di atas komen anda.

    ALHAMDULILLAH sekiranya program dermawan.biz ini telah membantu segelintir ahli-ahlinya dari belenggu hutang. Persoalannya, adakah benar program ini yang membantu mereka atau ALLAH yang telah membantu hamba-hambaNya itu dari segala simpulan hutang?

    Saya tidak pernah kata program ini memaksa, sama macam seorang pengemis adakah dia memaksa orang untuk menderma kepadanya? Dan saya tak kata skim ni skim cepat kaya tapi saya kata program mengemis iaitu menjurus kepada konsep goyang kaki - cari mangsa - dan tunggu duit masuk mengikut pakej yang disediakan!

    Er.. saudara/saudari dari manakah anda mendapat informasi jika hendak menyertai skim cepat kaya memerlukan duit yang beribu-ribu dan berjuta-juta?

    Saya tahu matlamat sebenar program tersebut dengan niat yang baik. Membantu sesama ummah! Tetapi bagaimana program ini dikendalikan. Kata nak bantu orang (sedekah/derma) tetapi dalam masa yang sama kita juga mengharap agar orang melakukan benda yang sama kepada kita. Dan sekaligus kita mengharap kita mendapat ganjaran yang beribu-ribuan seperti yang tertera pada http://www.dermawan.biz/faq.aspx

    Siapakah mereka yang memerlukan itu seperti yang anda maksudkan? Pengemis? Anak Yatim? Orang Miskin atau ahli-ahli yang menyertai program ini? Agaknya berapa ramai di antara kita ini niatnya ikhlas membantu tanpa mengharapkan sesuatu dari orang lain?

    Firman ALLAH Subhana Wa Ta’ala : “Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan ALLAH dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), ALLAH sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan.”
    [Surah Al- Baqarah, Ayat 265]

    Saya faham sistem ini berfungsi, sesiapa yang baru menjadi ahli perlu menderma kepada orang yang memperkenalkan program ini. Seterusnya anda perlu melakukan promosi dalam erti kata lain mencari mangsa seterusnya agar mereka turut menderma kepada anda. Bukan begitu? Kalau salah tolong betulkan ya!

    Saya ingin bertanya kepada saudara/saudari selama saudara/saudari menyertai program dermawan.biz ini adakah niat saudara/saudari IKHLAS untuk membantu mereka? TANPA mengharap sebarang apa-apa pun GANJARAN daripada mereka (manusia), melainkan mencari keredhaan daripada ALLAH Subhana Wa Ta’ala semata-mata.

    Sila rujuk : http://mohdabdhalim.com/santapan-hati/kekuatan-sedekah/

Apa Komen / Pendapat Anda?