Siapakah Si SurfJunky.com?
Kategori Edisi Siasat | Sebanyak 10 Pendapat Menarik!
Ada satu lagi pendedahan yang ingin saya kongsikan bersama-sama dengan kalian iaitu mengenai satu lagi program buat duit di internet yang mendapat sambutan hangat khususnya di kalangan pengguna internet di Malaysia ini.

Baru tadi saya jenguk ke dalam akaun di Friendster saya. Di dapati ada mesej yang telah dihantar oleh salah seorang kenalan Friendster saya. Lantas saya pun membukanya, bila membacanya saya tersenyum seorang diri. Ingin tahu apa isi kandungan?
“Adakah korang menggunakan internet sekarang? Peluang baik bagi mereka yang kerap ’surf’ internet. Jangan bazirkan bil TMNet dan Streamyx atau duit bayar CC… Kita cuba buat duit jugak disamping kita berbelanja. Inilah dipanggil situasi win-win…”
Satu lagi program buat duit melalui internet. Sungguh lumayan ($$$) dan inilah jalan pintas bagi mereka yang kesuntukkan wang serta ingin menjana pendapatan sampingan hanya melalui internet.
Ini bukanlah mesej pertama yang seumpamanya saya terima, tapi saya pernah juga menerimanya sebelum ini juga melalui kenalan Friendster saya dan juga melalui emel-emel saya. Ia berkenanan dengan satu program autosurf iaitu Surfjunky.com (http://www.surfjunky.com). Siapa dia si Surfjunky.com ni? Dan apa itu program autosurf?

Autosurf ialah satu program pengiklanan yang mewajibkan ahli-ahlinya untuk melihat setiap iklan yang dipaparkan untuk memperolehi kredit atau point. Iklan-iklan kebiasaannya akan ditayangkan ke skrin komputer sekitar 15 saat hingga 30 saat kemudiannya akan bertukar kepada iklan yang berikutnya. Setiap kali iklan tersebut berubah, ahlinya akan memperolehi kredit/point. Untuk menggandakan kredit/point tersebut ahlinya tadi perlulah melihat iklan-iklan tersebut setiap masa dan hari. Selain itu ahlinya perlu mengajak/merekrut lebih ramai orang agar mendaftar dibawah akaun mereka untuk menggandakan kredit/point mereka dengan lebih cepat. Hasil dari kredit/point yang terkumpul tadi barulah boleh ditebus dengan tunai atau wang melalui pelbagai kaedah transaksi. Kebiasaannya, mereka yang menjalankan program ini akan meletakkan syarat dengan menghadkan nilai kredit/point yang tertentu sebelum ahlinya layak untuk menebus kredit/point ke dalam bentuk tunai atau wang.
Surfjunky.com ialah salah satu laman web yang menjalankan program autosurf ini. Berdasarkan informasi dari laman web mereka. Pihak Surfjunky.com akan membayar sebanyak $0.75 sejam untuk setiap ahli-ahlinya yang melayari iklan yang dipaparkan di laman web mereka. Surfjunky.com mempunyai konsep yang sama seperti Studiotraffic.com yang pernah hangat satu ketika dahulu. Kalian ingin tahu apakah sejarah Studiotraffic.com? Silalah klik DI SINI untuk membaca maklumat mengenainya dari Professor Wikipedia!
Fakta Mengenai Surfjunky.com
Berikut adalah maklumat mengenai Surfjunky.com :
Alamat URL : http://www.surfjunky.com
Alamat IP : 67.15.62.55
Lokasi IP : United States
Pemilik : Surf Junky
Email Pemilik : contact_surfjunky{at}yahoo.com
Alamat : P.O Box 9430, Newark, DE 19713, U.S
Web Dibangunkan Pada : 01/Sep/2004
Telah Dibangunkan Selama : 3 tahun 7 bulan 26 hari
Status Web : Aktif
Jenis Server : Apache/2.0.46 (Red Hat)
Tarikh Luput : 01/Sep/2008
Berdasarkan pada maklumat di atas, jelaslah di sini bahawa domain untuk Surfjunky.com ini akan luput pada bulan September 2008 ini.
Boleh Percayakah Dengan Program Autosurf seperti Surfjunky.com ni?
Saya menyarankan agar anda untuk meninggalkannya atau jangan menyertainya (melupakannya)! Terus-terang saya katakan program ini lebih menjurus kepada program skim cepat kaya. Sekiranya anda telah membaca sejarah Studiotraffic.com di Wikipedia.org maka ketahui bahawa Surfjunky.com ini juga berpotensi seperti Studiotraffic.com satu ketika dahulu.
Sewaktu dahulu, sekitar tahun 2004-2005. Studiotraffic.com telah mendapat perhatian dan sambutan di kalangan pengguna-pengguna internet di negara kita. Bahkan ramai rakan sekerja saya yang pernah menyertainya. Ada yang sanggup membayarnya demi mendapat keahlian yang istimewa. Ramai yang membuang masa bersengkang mata siang dan malam di hadapan skrin komputer deminya. Tapi tidak lama kemudian, pada tahun 2006 pihak Studiotraffic.com hilang begitu sahaja tanpa sebarang berita dan membawa lari wang ahli-ahlinya.
Pengajarannya yang kita pelajari sebelum ini cukuplah menjadi iktibar dan teladan. Sekiranya kalian membuat atau menaip kata carian untuk surfjunky atau surfjunky.com di Google.com pasti kalian akan menjumpai mesej seperti ‘Surf Junky is a SCAM!‘ iaitu ‘Surf Junky adalah PENIPU‘. Untuk makluman kalian semua, di luar negara laman web Surfjunky.com ini telah pun dikategorikan sebagai sebuah program berunsurkan penipuan (SCAM atau web berunsurkan skim cepat kaya). Ironinya, apa yang berlaku di negara kita ini, web basi & lapuk Surfjunky.com ini sentiasa diagung-agungkan dan ramai di antara kita bersungguh-sungguh untuk mempromosikannya.
Kesimpulannya :
“Alah, engko ni asyik-asyik nak tutup periuk nasi orang. Tu tak boleh! Ni tak bolehlah! Abis apalah yang boleh? Takkanlah semua program buat duit kat internet ni semua menipu!”
Saya langsung tak berniat nak tutup periuk nasi siapa-siapa. Siapalah saya untuk melarang seseorang itu untuk mencari wang lebih. Itu adalah hak masing-masing. Jika kena dengan caranya pasti saya tidak menegah atau melarangnya. Bukti telah menunjukkan bahawa pihak-pihak yang menjalankan program autosurf ini kebiasaannya tidak pernah membayar sesen pun kepada ahli-ahlinya. Pelbagai alasan yang diberikan. Kelewatan pembayaran disebabkan sistemlah! Pembayaran dari pelanggan (pemilik iklan) agak lembap menyebabkan pembayaran kepada ahli-ahli ditangguhkan dan bermacam-macam lagi alasan. Jadi buat apa hendak menegak benang yang basah!
Saya hanya ingin membuat pendedahan sebenar mengenai program-program skim cepat kaya yang semakin menular di persada internet kita ini. Saya tidak mahu kalian sebagai rakan saya tertipu dan diperdayakan oleh mereka-mereka yang sentiasa mengambil kesempatan di atas kelemahan pengetahuan seseorang. Sekiranya kalian merasakan program autosurf ini mampu memberi pendapatan lebih kepada anda! Terpulanglah! Itu hak masing-masing untuk membuat pilihan.
Namun, nasihat terakhir saya, sekiranya kalian benar-benar ingin membuat pendapatan yang lumayan di persada internet ini, itu bukanlah satu perkara yang mustahil. Kalian buatlah perniagaan internet yang sebenar iaitu memerlukan sedikit pengorbanan iaitu modal untuk menyewa hosting, membeli domain dan juga kos-kos sampingan yang lain. Dan kemudian kalian berjuallah apa saja di internet ini selagi ianya HALAL dan SAH di sisi undang-undang.
Namun, sekiranya kalian diajak untuk menyertai sesuatu program buat duit melalui internet. Maka selidikilah terlebih dahulu. Kerana kebanyakkan program-program yang menawarkan buat duit di internet lebih berunsurkan kepada penipuan atau dalam erti kata lain menjurus kepada skim cepat kaya. Selidikilah sedalam-dalam sebelum menyertainya. Jangan kelak menyesal di kemudian hari. Kerana ketika itu semuanya telah terlambat.
Semoga dengan informasi yang disampaikan dapatlah kiranya membuka minda kita agar tidak mudah tertipu dan percaya dengan program-program yang berkonsepkan skim cepat kaya seperti program autosurf Surfjunky.com ini. Sekiranya kalian mempunyai sebarang komen atau pendapat untuk artikel ‘Siapakah Si Surfjunky.com’ ini, kalian boleh turunkan komen atau pendapat kalian di bawah ini.
Share This |
Kembali Ke Halaman Utama!

Blog yang bertemakan
'Menyingkap Segala Elemen' ini lebih banyak membicarakan mengenai pengurusan kewangan, topik keagamaan, isu terkini, saham, pelaburan,
perniagaan internet dan juga satira. Blog ini juga berkonsepkan fotoblog dan ia telah dibangunkan serta
direkabentuk oleh pemiliknya sendiri iaitu Mohamad Abdul Halim melalui platform Wordpress.
Entries (RSS)
Info amat berguna untuk memberi kesedaran kepada semua para pengguna online jangan mudah leka dan terjebak dengan info2 sebegini….buat penyelidikan dan perincian terlebih dahulu seblm membuat keputusan..
Terima kasih kerana share maklumat ini…
Terima kasih Lin.
Memang betul tu.. sebelum kita menyertai mana-mana program internet, sebaik-baiknyanya adalah membuat perincian dan selidiki asal-usulnya. Dengan maklumat yang kita ada sekurang-kurang dapat mengelakkan kita dari terjebak dengan program-program internet yang berunsurkan penipuan dan perjudian.
Terimakasih Telah Men share kan Info ini, saya juga sempat ikut program surfjunky. Daripada kita bingung cari Bisnis di Internet, saya ada Bisnis Bagus, Kalau mau lihat disini ya : [maaf - dipadamkan, Admin!]
Terima Kasih,
Andrez
Waduh Andrez,
Terima kasih banget sih! Ya saya tau itu bisnisnya bagus. Namun Andrez, di sini bukannya tempat untuk mempromosi bisnis bagus lo. Harap faham ya!
Assalamualaukum Encik Abd Halim aka Antukarma! Memang macam hantu sebab kejap muncul kejap menghilang di alam blogging
Saya pun pernah juga menulis pasal autosurf 12 Daily Pro dulu. Malah ada juga nasihat kawan-kawan saya supaya jangan terpengaruh sangat. Tapi biasalah, bila saya nasihat, diorang kata saya dengki, kata saya tak suka tengok Melayu maju. Nasib komelah…last last, bungkus bisnes tu. Baru tau!
Wa’alaikumusalam Encik Tawel,
Lama tak dengar khabar? Hihi.. Btul tu saya sekejap ada sekejap takde di alam blogging ni! Kekadang idea ni bleh buntu untuk mem’blog’
Tapi jangan tak tau, saya selalu singgah and lepak kat blog saudara.
Btul kata Encik Tawel. Nak kata kita dengki or jeles dengan orang yang join program autosurf. Jauh sama sekali! Buat apalah kita nak dengki! Kita sekadar nak menasihati.
Kalau benda tu bagus dan mendatangkan hasil yang baik! Mesti kita tak halang atau sekat sesiapa pun. Tapi kalau dah jelas dan nyata benda tu tak mendatangkan hasil. Kan ke rugi namanya tu..
Kita hanya mampu menasihati dan mengingati. Hendak percaya atau tidak itu terpulanglah kepada diri masing-masing.
autosurf is fraud.. In reality, there’s no easy money… Hope that keep you guys very careful to dump a lot of money.
To play safe, if ever got to cash out, just cash out. Use the profit from program to continue, so you don’t actually rugi..
or get advice for safe for investment digitally..
when time is critical and a decision is hard to make and desperation can cause one can do a surprising decision, that’s how thing being trigger..
me maybe wrong about the surfjunky, however some saying…
“man have not experience the war, always eager to go TO WAR,
man have experienced the war for only 5 minute they vow to not experienced it in the first placed” - faiz
btw.. prasangka is bad thing
alas me bad…
But don’t forget also, some autosurf sites require people to add their own money to upgrade the account, so they can become an exclusive member and earn more in fastest time. (is it? actually this is autosurf strategy to get/sip money from the people).
Yes, that’s correct! Surfjunky! 12DailyPro! Studiotraffic or any similar autosurf programs out there all are fraud. My advice to all readers, stay away from these programs.
bagus2..sesuatu yang akan menyedarkan generasi sekarang!!!
tapi saya sediri sudah di bayar..
bulan kemarin saya dapat 400 ribu..
dan sudah saya cairkan ke kartu debit saya..
dan semua terbukti.. bukan scam..