Majalah IM #3 Edisi April 2008
Kategori Ebook | Sebanyak 2 Pendapat Menarik!

Khususnya bagi usahawan-usahawan internet di Malaysia. Jangan lepaskan peluang kalian untuk memiliki ebook Majalah IM #3 edisi April 2008 kali ini. Sekiranya kalian tidak sempat untuk memiliki edisi-edisi yang sebelumnya, kalian boleh KLIK DI SINI untuk memiliki ebook Majalah IM yang lepas.
Untuk Majalah IM #3 edisi April 2008 banyak info-info yang menarik telah dikongsikan oleh otai-otai usahawan internet Malaysia. Sekiranya anda merupakan orang yang baru berjinak-jinak (newbie) dan berminat tentang perniagaan internet ini, Majalah IM #3 edisi April 2008 ini telah menyajikan panduan dan jawapan bagi anda untuk memulakannya.
Bagi kalian yang ingin memulakan perniagaan internet yang berkonsepkan ebook. Di dalam Majalah IM #3 edisi April 2008 ini anda boleh membaca penulis saudara Naqib a.k.a Ecaros dan saudara Zhafran a.k.a Kaizen tentang bagaimana anda boleh memulakan perniagaan ebook tersebut dan tentang keberkesanannya.
Tidak dinafikan juga, ada segelintir di antara kita yang mempunyai pengetahuan asas di dalam bidang komputer serta internet dan berminat untuk menyelami dan memulakan perniagaan internet ini. Namun kebanyakkannya masih lagi di dalam keadaan dilema, kabur dan masih tercari-carikan jawapan mengenai tentang peniagaan apakah yang sesuai di persada internet ini! Kalian tidak perlu risau, di dalam Majalah IM #3 edisi April 2008 saudara Tazilan Haji Ibrahim telah menyediakan nasihat yang menarik untuk kalian yang mengalami situasi sebegini serta langkah-langkah yang perlu kalian lakukan untuk memulakan perniagaan internet.
Yang menariknya pada Majalah IM #3 edisi April 2008 kali ini, kalian boleh membaca dan mengetahui sejarah dan pengalaman dari salah seorang usahawan internet Malaysia yang telah berjaya iaitu Brother Gobala Krishnan. Untuk makluman kalian, beliau telah memulakan perniagaan internet semenjak beliau belajar di IPT lagi. Di dalam temubual kali ini juga, Brother Gobala Krishnan sempat berkongsi rahsia dan fomula kepada para-para dan bakal-bakal usahawan internet untuk berjaya di dalam perniagaan internet mereka.
Nasihat mengenai kewangan turut disajikan di dalam Majalah IM #3 edisi April 2008 ini iaitu tentang pengurusan hutang hasil daripada penulisan saudara Shamsuddin Kadir. Nasihat-nasihat yang dikongsikan oleh beliau amatlah bernas serta wajar untuk dipratikkan bagi mereka yang mengalami dalam masalah hutang.
Saya tidak mahu mengulas dengan lebih panjang mengenai isi kandungan Majalah IM kali ini. Memang banyak info-info yang menarik telah dikongsikan dan harus anda miliki. Sekiranya anda masih belum membacanya dan ingin memilikinya, jangan lepaskan peluang ini. Kerana anda tidak perlu membayar sesen pun untuk memilikinya. Untuk memuat turun ebook Majalah IM #3 edisi April 2008 ini. Sila KLIK DI SINI atau klik pada gambarajah di atas untuk memuat turun ebook Majalah IM #3 edisi April 2008 sekarang.
Share This |
Kembali Ke Halaman Utama!

Blog yang bertemakan
'Menyingkap Segala Elemen' ini lebih banyak membicarakan mengenai pengurusan kewangan, topik keagamaan, isu terkini, saham, pelaburan,
perniagaan internet dan juga satira. Blog ini juga berkonsepkan fotoblog dan ia telah dibangunkan serta
direkabentuk oleh pemiliknya sendiri iaitu Mohamad Abdul Halim melalui platform Wordpress.
Entries (RSS)
Thanks di atas review ini
Terima kasih buat team Flarebiz dan juga penulis-penulis yang bertungkus-lumus untuk menyiapkan Majalah IM 3# April 2008 ini. Memang banyak info yang menarik telah dikongsikan bersama.
Semoga dengan kehadiran majalah IM ini dapatlah kiranya menambah info dan pengetahuan khususnya bagi usahawan-usahawan intenet di Malaysia.