5/05/08, 12:25 am

Blog Hanya Untuk Politik?

Kalau 10 tahun yang lalu, bila disebut saja pasal ‘blog’ pastinya ramai yang terpingga-pingga bila mendengarnya. Sewaktu itu, blog sememangnya masih baru dan begitu asing di negara kita. Penulisan blog ketika itu hanya dipelopori oleh golongan dewasa dan dikendalikan secara berkumpulan. Kebiasaannya topik-topik yang disampaikan oleh penulis blog (blogger) semasa itu kebanyakkannya berunsurkan politik dan isu semasa.

Tapi.. itu dulu, dan bukannya sekarang!

Kini, blog bukanlah sesuatu yang baru di negara kita. Ianya telah pun digunakan secara meluas oleh setiap golongan. Dan penulisan-penulisan blog yang telah wujud pada hari ini tidak hanya tertumpu kepada unsur-unsur politik dan isu semasa semata-mata. Sebaliknya, para penulis blog telah meluaskan penggunaan blog ini dengan cara dan teknik yang tersendiri.

Apa itu blog?

Blog adalah ringkasan dari perkataan web log atau web journal dan dalam bahasa Melayunya dikenali sebagai Jaringan Log atau Jaringan Jurnal. Penulisan blog pada dasarnya adalah merupakan satu bentuk diari berkonsepkan online kerana kebiasaannya para penulis blog (blogger) ini lebih gemar menceritakan pengalaman yang telah mereka lalui dalam kehidupan seharian untuk dikongsikan bersama dengan pembaca.

Namun pada hari ini definasinya telah berubah. Ia bukan sekadar penulisan diari online sahaja sebaliknya penggunaan blog telah diperkembangkan secara meluas. Penulisan blog yang wujud pada hari ini tidak hanya skop atau tertumpu kepada sesuatu topik sahaja sebaliknya para penulis blog kini lebih gemar meluaskan pelbagai informasi di dalam blog mereka khususnya untuk menarik minat para pembaca blog mereka. Disebabkan itu jugalah, kini telah wujud pelbagai pecahan-pecahan blog iaitu seperti blog foto (photoblog), blog video (vlog) dan blog muzik (mp3blog).

Untuk memiliki blog sendiri bukanlah sesuatu yang sukar kerana ianya boleh diperolehi dan diakses secara percuma. Di antara penyedia perkhidmatan blog yang terkemuka yang menyediakan platform blog ramah pengguna dan mudah untuk digunakan termasuklah Blogger (milik Google) dan Wordpress. Selain itu, laman web rangkaian sosial seperti Friendster turut menyediakan kemudahan blog untuk ahli-ahlinya.

Sejarah blog di Malaysia

Di Malaysia, blog mula dipopularkan sejak 10 tahun yang lalu. Namun, penulis-penulis blog pada ketika itu agak gemar menulis hal-hal politik dan isu semasa sahaja. Isu seperti penyingkiran bekas Timbalan Perdana Menteri, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mencetus pelbagai kontroversi, cerita panas dan ketidakpuasan hati rakyat Malaysia. Disebabkan itu, maka wujudlah blog-blog seperti Mahazalim dan Mahafiraun yang membongkar segala rahsia tentang kepimpinan bekas Perdana Menteri kita iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad serta kroni-kroninya.

Penangan Blog

Itu cerita basi 10 tahun yang lalu! Penangan blog mula dirasai dan menjadi topik hangat apabila dikatakan salah satu punca kekalahan pihak parti Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum ke-12 adalah disebabkan strategi pihak parti pembangkang dan penyokongnya yang bijak menggunakan blog, berita internet dan khidmat pesanan ringkas (SMS) semasa berkempen.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) sendiri mengakui kesilapannya kerana mengabaikan kempen melalui internet yang telah digunakan sepenuhnya oleh pihak parti pembangkang sepanjang tempoh berkempen dahulu. Tidak dinafikan, bahawa strategi perang ini telah berjaya memikat hati rakyat Malaysia khususnya di kalangan generasi muda hari ini.

Hakikat Blog

Hakikatnya, blog bukanlah untuk tujuan berpolitik sahaja! Ada yang beranggapan bahawa kebanyakkan para penulis blog di Malaysia ini lebih gemar menggunakan blog-blog mereka untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap para pemimpin kita, menyebarkan fitnah atau cerita palsu serta menimbulkan kontroversi dengan isu-isu semasa.

Tanggapan tersebut adalah salah sama sekali. Seperti yang saya katakan dari awal tadi, setiap para penulis blog mempunyai cara dan teknik mereka yang tersendiri dalam menyampai dan menulis blog-blog mereka. Ada yang menulis catatan harian, berkongsi ilmu, idea serta maklumat, menyuarakan pendapat mereka mengenai sesuatu isu dan bermacam-macam lagi.

Blog sebenarnya mampu mencerminkan peribadi seseorang penulis blog tersebut dan sekiranya penulisan mereka bernas, menarik dan beretika ia pasti membentuk kredibiliti orang ramai untuk menghormati si penulis. Dan kaedah ini sekaligus dapat menarik trafik atau pengunjung untuk melawat ke laman blog-blog mereka.

Panduan Membina Blog

“Saya minat menulis! Saya minat nak buat blog! Tapi saya ni kureng ckit dalam bab-bab I.T ni.. So, macam maner yerkh..? “

Sekiranya kalian benar-benar berminat untuk menghasilkan blog sendiri. Saya menyarankan agar anda menggunakan platform wordpress. Ini kerana wordpress menyedia pelbagai kelainan (features) dan keistimewaan tersendiri serta mudah diubahsuai untuk kemudahan anda dan pengunjung-pengunjung blog anda di masa hadapan.

Untuk mendapatkan panduan membina blog melalui wordpress. Sila dapatkan DI SINI atau anda boleh klik pada banner di atas.

Penutup

Diharapkan dengan informasi yang disampaikan sekurang-kurangnya dapat menjelaskan kepada anda akan definasi blog sebenar. Masih belum terlambat untuk kalian memulakannya. Kalau Tun Dr. Mahathir pun dah ada blog takkan korang cakap takde masa nak buat blog kot! So, mulakanlah dari sekarang. Selamat memblog! :)

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 4 out of 5)
Loading ... Loading ...
421 Views
Share This  |  Kembali Ke Halaman Utama!

Sebanyak 3 Pendapat Menarik!

  1. Comment from Fird on May 5th, 2008 :

    salam,
    pd pandangan sy,mungkin kerana kekalahan BN dalam PRU ke12 dulu menjadi faktor utama mereka bertanggapan bahawa blog itu hanya utk politik. :)

  2. Comment from mohdabdhalim on May 7th, 2008 :

    Besar kemungkinan..! :) Maklum sajalah.. Politik Malaysia!

  3. Comment from nurul on July 7th, 2008 :

    ok and good…
    untuk pengetahuan umum kan…

Apa Komen / Pendapat Anda?